10 January 2020

Review Filem: Joker (2019)


Filem: Joker
Penilaian: 9.8/10
Pengarah: Todd Phillip
Genre: Action & Adventure, Drama, Mystery & Suspense
Pelakon: Joaquin Phoenix, Isaiah Mustafa, James Ransone, Andy Bean, Bill SkarsgĂ„rd & Etc.
Tarikh Tayangan: 4 Oktober 2019
Pengedar: Warner Bros. Pictures

Sinopsis
Filem yang berlatarkan tahun 1980-an ini mengisahkan seorang lelaki bernama Arthur Fleck yang ingin dikenali sebagai Joker. Selepas gagal mencipta nama di dalam bidang komedi dan langsung tidak dihiraukan oleh masyarakat, Arthur berkeliaran di sekitar Bandar Gotham dengan berpakaian seperti badut namun disebabkan oleh penyakit yang dihadapinya menyebabkan dia selalu berdepan dengan musibah serta kumpulan samseng ganas. Semakin lama, kewarasan Arthur semakin hilang sedikit demi sedikit dan tanpa disangka dia mula mencetuskan kekecohan dan malapetaka di bandar itu mengikut caranya tersendiri sehingga menjadikannya sebagai seorang penjenayah ikonik yang dikenali sebagai Joker. Apakah sebenarnya yang telah dilakukan Arthur? Saksikan filem yang cukup menarik dan menyentuh emosi di pawagam berhampiran anda bermula pada 3 Oktober 2019 nanti.

Ulasan
Berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an, Joker mengisahkan tentang Arthur Fleck (Joaquin Phoenix), seorang pesakit neurologi yang bercita-cita mahu menjadi pelawak pentas demi menceriakan orang disekelilingnya dan hidup dicelah-celah kemiskinan yang melanda masyarkat Gotham. Namun, penyakit aneh yang dihidapi Arthur Fleck dimana ia membuatkan Fleck sentiasa ketawa, telah menyebabkan dia disisih masyarakat dan menjadi mangsa kepada masyarakat dan sistem sosial yang tidak adil. Penindasan, ekploitasi dan ketidakadilan sistem serta penipuan dan kisah silam yang suram telah menyebabkan Arthur berubah menjadi seorang individu yang digelar Joker, sebuah nama yang akan memberikan tragedi berpanjangan kepada penduduk Gotham.
Sebagai sebuah filem adaptasi komik yang bertemakan psikologikal thriller, Joker sangat berbeza dari filem-filem komik terbitan DC dan Marvel. Filem ini sangat mementingkan pembinaan cerita ‘origin’ Joker dan perkembangan karakter utamanya. Sehubungan dengan itu, anda perlu membuang tanggapan untuk melihat adegan-adegan aksi, kerana Joker tidak memilikinya, sebaliknya anda akan disajikan dengan sebuah filem yang memiliki tempo pembinaan plot yang sangat perlahan dengan paparan psikologi yang suram dan kadang-kala disertakan sekali memberikan debaran, impak emosi dan permasalahan sosial.


Joker boleh dilabelkan sebagai filem yang ‘banyak cakap’ dan ’emo’, namun ia tidak bermakna membosankan. Penonton akan merasai graf keterujaan yang memuncak apabila tiba ke bahagian ketiga filem ini, sebaik sahaja beberapa twist memberikan kejutan kepada anda. Disini, anda akan dapat melihat transformasi Arthur Fleck kepada Joker sepenuhnya serta beberapa unjuran babak yang akan memberikan satu perasaan ‘wow’ dan kepuasan, terutamanya apabila  menginjak ke penghujung filem dimana ia berkaitan dengan kisah ‘origin’ Batman dan permulaan era Joker.

08 January 2020

Di Sebalik Tabir

Disebalik Usaha Kami
Dalam Membangunkan 
Blog ini

Segala puji dan syukur kami panjatkan kehadirat Tuhan Yang Masa Esa, kerana rahmat dan hidayah-Nya sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan ini dan menepati kehendak penyarah kami Pn Marziana hendaknya. Pelbagai suka duka kami lalui sepanjang semesta ini, yang baik kami jadikan tauladan dan yang buruk kami jadikan tauladan.





Tidak lupa kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa, isteri, anak-anak dan juga pensyarah kami yang telah banyak membantu kami dalam menjayakan tugasan ini. 
Tidak lupa kami mengucapkan terima kasih kepada yang telah membantu kami dalam mengerjakan karya ilmiah ini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada teman-teman yang telah memberi kontribusi baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembuatan tugasan ini
Kami sebagai penulis mengakui bahwa ada banyak kekurangan pada karya ilmiah ini. Oleh karena itu, kritik dan saran dari seluruh pihak senantiasa kami harapkan demi kesempurnaan karya kami. Semoga karya ilmiah ini dapat membawa pemahaman dan pengetahuan bagi kita semua. 


Yg menjalankan Tugas
   Web Designer