26 December 2019

Filem-Filem yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2020

Setiap tahun, mesti para Kaki Movie ternanti-nanti Movie yang terbaik yang akan ditayangkan di layar-layar perak seluruh dunia.

Tahun ini, 2020 tidak kurang hebatnya dengan menu-menu Movie-movie terhangat yang bakal ditayangkan.
Berikut merupakan senarai Movie yang menarik untuk para Kaki Movie. Enjoy

10. Bird of Prey


Directed by: Cathy Yan
Starring: Margot Robbie, Jurnee Smollett-Ball, Mary Elizabeth Winstead
Opening on: February 7, 2020

9. Wonder Woman 1984


Directed by: Patty Jenkins
Starring: Gal Gadot, Chris Pine, Kristen Wiig
Opening on: June 5, 2020
8. Top Gun Maverick


Directed by: Joseph Kosinski

Starring: Tom Cruise, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Val Kilmer, Jay Ellis, Miles Teller, Monica Barbaro

Opening on: June 26, 2020


7. Mulan


Directed by: Niki Caro

Starring: Yifei Liu, Jet Li, Donnie Yen, Gong Li

Opening on: March 27, 2020


6. Sonic The Hedgehog


Directed by: Jeff Fowler

Starring: James Marsden, Ben Schwartz, Jim Carrey, Tika Sumpter, Neal McDonough

Opening on: February 14, 2020


5. Ghostbusters:Afterlife


Directed by: Jason Reitman

Starring: Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Paul Rudd

Opening on: July 10, 2020


4. Black Widow


Directed by: Cate Shortland

Starring: Scarlett Johansson, Florence Pugh, David Harbour, Rachel Weisz

Opening on: May 1, 2020


3. The SpongeBob Movie: Sponge on the Run


Directed by: Tim Hill

Starring: Tom Kenny, Bill Fagerbakke, Clancy Brown, Rodger Bumpass, Carolyn Lawrence, Mr. Lawrence

Opening on: May 22, 2020


2. No Time To Die




Directed by: Cary Fukunaga

Starring: Daniel Craig, Ralph Fiennes, Rami Malek, Naomie Harris, Lea Seydoux, Ben Whishaw, Rory Kinnear, Jeffrey Wright, Ana de Armas, Lashana Lynch

Opening on: April 8, 2020


1. The New Mutants



Directed by: Josh Boone

Starring: Anya Taylor-Joy, Maisie Williams, Charlie Heaton, Alice Braga

Opening on: April 3, 2020







04 December 2019

Review Filem : Faster (2010)



Filem: Faster
Penilaian: 8/10
Pengarah: George Tillman, Jr.
Genre: Seram
Pelakon: JDwayne Johnson, Billy Bob Thornton, Oliver Jackson-Cohen, Carla Gugino, Maggie Grace, Moon Bloodgood, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Tom Berenger, Mike Epps
Tarikh Tayangan: 24 November 2010
Pengedar: Castle Rock Entertainment, State Street Pictures, CBS Films


Filem nih sebenarnya boleh jadi menarik sebab The Rock tu digambarkan sebagai seorang yang sangat berhati kering. Buktinya dia selamba jer bunuh musuh - musuh dia tu depan orang ramai tanpa memakai topeng langsung dan memang tak ada perasaan belas kasihan pun pada mereka - mereka yang berkenaan. Cuma agak bosan kerana semua orang jahat dibunuh dengan masa yang cukup pantas. Mungkin untuk mendekatkan perlakuannya dengan tajuk filem ini iaitu Faster yang bermaksud pantas barangkali. Membunuh dengan pantas. Pantas dari segi masa!


Apa - apapun, bagi aku filem nih biasa - biasa jer lah! Layan jugalah aksi - aksi The Rock dalam filem nih. Babak paling lucu waktu dia berdepan dengan musuh dia yang masa tu dah berubah menjadi baik. Tak silap musuh dia tu jadi paderi kut. Itu agak luculah dan membuktikan watak The Rock dalam filem nih masih belum kering hatinya. Watak pembunuh upahan tu juga agak cool sebab aku dapat menghayati watak dia yang mahu menjadi sempurna atau orang kata perfectionist tu.



Apa - apapun, aku bagi 8/10 bintang. jalan cerita yang menarik, aksi-aksi yang boleh menarik perhatian para penonton dan juga pembawakan watak oleh The Rock yang boleh dikatakan menjadi. Jadi kalau korang semua nak tonton filem ini memang aku sangat-sangat syor kan.

02 December 2019

Review Filem : IT Chapter Two (2019)


Filem: IT: Chapter Two
Penilaian: 8/10
Pengarah: Andy Muschietti
Genre: Seram
Pelakon: James McAvoy, Jessica Chastain, Jay Ryan, Bill Hader, 
Isaiah Mustafa, James Ransone, Andy Bean, Bill SkarsgÃ¥rd & Etc.
Tarikh Tayangan: 5 September 2019
Pengedar:Warner Bros. Pictures

Sinopsis:

Filem ini merupakan kesinambungan dari filem pertama yang mana ia merupakan kisah setelah 27 tahun kejadian pada musim panas 1989 berlaku. The Losers` Club sudah dewasa dan berpindah jauh sehinggalah menerima satu panggilan telefon yang memaksa mereka pulang ke Derry, Maine, apabila musuh utama mereka iaitu It kembali. Mereka bersatu semula bagi menunaikan janji zaman kanak-kanak mereka untuk memusnahkan It buat selama-lamanya. Tetapi, makhluk itu kembali dengan lebih kuat dan menanti ketibaan mereka untuk membalas dendam.

Filem IT: Chapter Two kali ini menampilkan kisah Penny Wise yang kembali semula selepas 27 tahun ditewaskan oleh sekumpulan anak muda yang menamakan kumpulan mereka sebagai Losers Club. Bahagian pertama dihabiskan dengan pengenalan kembali watak-watak utama filem ini iaitu Bill, Beverly, Richie, Mike, Ben, Eddie dan Stanley melalui babak imbas kembali serta memori yang cuba mereka ingati semula dimana momentum penceritaannya berada pada paras yang sederhana namun pada kami ia sangat membantu untuk lebih memahami tentang peranan serta perkembangan watak itu sendiri untuk penceritaan filem kali ini. Kami melihat para pelakon utama filem ini berjaya membina keserasian yang baik dimana elemen humor turut membantu meredakan ketegangan penonton terhadap beberapa adegan yang menyeramkan atau penuh dengan kejutan. Pada kami, nilai humor yang ada di dalam filem ini berjaya berfungsi dengan baik terutama melalui watak Ritchie dan Eddie yang berjaya membuatkan kami mampu ketawa walaupun di dalam babak yang mencemaskan.

Tidak dinafikan filem IT: Chapter Two kali ini menawarkan sejenis ketakutan yang berpaksikan kepada perasaan fobia wataknya melalui halusinasi dimana ia banyak bergantung kepada teknik janaan imej CGI di dalam hampir kebanyakan adegan. Ada beberapa babak yang berjaya memberi impak yang hebat kepada kami seperti adegan menarik di sebuah restoran Cina, gerak-geri watak nenek tua yang sangat menyeramkan melalui reaksi wajah serta pergerakan tubuh badannya yang menakutkan serta beberapa adegan lain yang bijak bermain dengan pengcahayaan yang suram serta skor bunyi yang menarik untuk memastikan anda sentiasa perlu bersiap sedia untuk menghadapi adegan-adegan seram yang penuh dengan kejutan ini. Pujian harus diberikan kepada watak Pennywise yang pada kami merupakan salah seorang bintang utama filem ini yang menyinar dengan cukup baik. Tidak dinafikan watak ini sememangnya mendapat bantuan menyeluruh sama ada dari sudut teknikal, solekan mahu pun sinematografi namun pada kami kemunculannya sentiasa berjaya memberikan sesuatu kejutan yang menarik perhatian dan adakalanya berjaya menimbulkan sisi ngeri serta ketakutan buat sesiapa yang menonton karakter ini. Ianya menjadi bertambah menarik apabila kami menonton di dalam pawagam 4DX dimana adegan-adegan ini terasa lebih dekat dengan kami apabila dapat merasai sendiri gegaran, kelajuan, angin serta tempias air seperti mana yang terdapat pada babak-babak di dalam filem ini. Walaupun tidak semua imej CGI filem ini yang berjaya membuatkan anda terasa ngeri namun aspek bantuan tambahan daripada pawagam 4DX betul-betul membantu untuk membeir nilai tambah kepada filem ini. Serius sangat berbaloi menonton di dalam versi 4DX. 

Secara keseluruhannya, momentum filem ini walaupun agak perlahan pada bahagian pertama filem ini serta wujud beberapa babak yang tidak perlu serta kurang diberi penekanan sehingga menyebabkan kelompongan plot pada awalnya, namun kami merasakan filem IT: Chapter Two mempunyai sesuatu yang kuat dari sudut penceritaan serta perkembangan wataknya walaupun adakalanya ia kelihatan sedikit meleret. Namun, filem ini pada kami cukup rencah rasanya dimana segala-galanya masih mampu menyatu dengan baik untuk membuatkan kami terhibur sepanjang menonton filem ini sebentar tadi. Satu karya penutup yang pada kami tidak mengecewakan dan berbaloi menghabiskan masa yang lama untuk menonton filem ini di pawagam. Kami pasti akan merindui kelibat Penny Wise selepas ini!

01 December 2019

Review Filem : Kaappaan (2019)








Filem: KAAPPAAN
Penilaian: 5/10
Pengarah: Anand K.V
Genre: Aksi, Thriller, Drama
Pelakon: Suriya Sivakumar, Mohanlal, Arya, SAayyeshaa Saigal, Boman Irani, P. Samuthirakani, Chirag Jani
Tarikh Tayangan: 5 September 2019
Pengedar: Lyca Productions


Trailer:


Sinopsis:
Kathiravan ditugaskan untuk melindungi perdana menteri India, yang kemudiannya dibunuh dan Kathiravan ditugaskan untuk mencari lelaki atau kumpulan yang bertanggungjawab atas pembunuhan itu.

Review:

Filem ini bermula dengan percubaan pembunuhan terhadap Perdana Menteri India, Chandrakanth Varma (Mohanlal, yang dibuat untuk mencetuskan reog dari dialog kebangsaan yang hampir tidak menyentuh nyanyian), dan tidak lama kemudian, kami menunjukkan bagaimana Kathir (Suriya), seorang pegawai intelijen yang berganda sebagai seorang petani, cuba mengesan ancaman kepada PM.



Tetapi tidak seperti filem-filem Vijayakant dan Arjun, yang mempunyai tumpuan yang berfikiran sempit walaupun mereka berjaya merangkumi keperluan romantis, lagu dan komedi komersial, Kaappaan terus beralih dari satu perkara ke seterusnya dengan kejayaan yang kurang, mengakibatkan filem yang mengecewakan. Pendekatan itu seolah-olah telah: OK, kami telah memberikan mereka lima minit tindakan, mari kita memberi mereka dua minit cinta, dan kemudian ikuti dengan tiga minit mesej. Daripada membina ketegangan, naskah terus menembusnya dengan tujuan!








30 November 2019

Review Filem : Paskal The Movie (2018)



Filem: Paskal The Movie
Penilaian: 8.5/10
Pengarah: Adrian Teh 
Genre: Aksi & Patriotik
Pelakon: Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah,
Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin, Amerul Affendi
Tarikh Tayangan: 27 September 2018
Produksi: Asia Tropical Films Sdn Bh




Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Saksikan filem menarik ini di pawagam berhampiran anda. 



Ulasan:
Selepas ini kemungkinan besar filem Paskal akan turut mengisi slot di saluran televisyen tempatan pada tahun-tahun akan datang tambah-tambah sewaktu tibanya Hari Merdeka atau Hari Malaysia selepas sering sering kali kita disogokkan dengan filem-filem bergenre patriotik yang lain seperti Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan Leftenan Adnan saban tahun. Filem-filem yang disebutkan tadi sering kali diulang tayang apabila tibanya hari-hari bersejarah negara dan ramai dari kalangan anda sendiri juga sering bersungut inginkan filem-filem tempatan bersifat patriotik dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan. Pengarah filem ini, Adrian Teh yang sebelum ini pernah menerbitkan filem Ice Kacang Puppy Love pada tahun 2010 yang merupakan sebuah filem bahasa Mandarin tempatan pertama yang berjaya menembusi pasaran luar negara seperti China sekali lagi berjaya membuktikan magisnya di dalam menghasilkan filem Paskal The Movie dan sekaligus menghilangkan kehausan para peminat filem tempatan yang mendambakan filem aksi berjiwa patriotik seperti Paskal ini.

Filem ini pasti akan membuatkan anda puas menyaksikan watak protagonis, antagonis dan tritagonis yang berjaya memberikan sepenuh penghayatan, emosi, gerak tubuh dan reaksi wajah yang cukup hebat. Watak protagonis Arman berjaya dipersembahkan dengan cukup baik sekali oleh Hairul Azreen yang pasti bakal membuatkan anda terpesona dan percaya bahawa apa yang anda tonton di layar itu ialah Arman dan bukannya Hairul. Susuk tubuhnya yang sasa dan sangat cantik begitu menghidupkan sisi maskulin watak Arman tersebut. Tidak dilupakan juga dengan watak Jeb iaitu watak antagonis yang bijak dibawa oleh pelakon Ammar Alfian dengan gayanya tersendiri yang jelas sekali kelihatan seolah-olah itu adalah keperibadiannya yang asli. Anda pasti akan menyumpah melihat sisi angkuh watak ini. Hairul dan Ammar berjaya memberikan kombinasi dan persefahaman yang menarik kepada watak-watak mereka sekaligus memberikan kekuatan kepada naratif filem ini untuk bertahan dengan aura positif selama 115 minit tanpa gagal. 


Menariknya filem Paskal ini kerana ia berjaya mengangkat kisah benar yang membuatkan anda bakal teruja bermula pada pengenalan awal filem ini lagi iaitu kisah Ops Fajar berkenaan pasukan Paskal yang terlibat di dalam merampas semula kapal dagang MT Bunga Laurel daripada serangan lanun Somalia yang berlaku di Teluk Aden pada tahun 2011. Selain itu juga paparan terhadap misi hebat anggota Paskal yang terlibat di dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada tahun 1998 pasti bakal membuatkan jiwa anda tersentuh dan silap-silap boleh membuatkan air mata anda bercucuran gugur melihatkan babak-babak yang menyedihkan itu. Jika anda tidak percaya atau masih ragu-ragu, sila tonton dan hayati kisah-kisah yang wujud di dalam filem Paskal ini. Nescaya anda mampu mengubah tanggapan anda terhadap filem tempatan selepas ini. 

Selamat Datang Ke Laman Sesawang Team J-Born

J-Born Movies Review ditubuhkan pada 20 Julai 2019. Kami menilai dan menganalisis Filem-Filem dan "Trailer" Filem yang akan ditayangkan untuk penilaian pihak anda.

Kami menilai atau dengan lebih mudah men"review"  dalam keadaan santai yang sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat.

Lambakan filem-filem baru tak kira dari dalam mahupun luar negara banyak mempengaruhi minda-minda kita selaku penonton, samada dari segi emosi, jasmani dan juga rohani.

Kami harap anda semua akan terhibur disamping sedikit sebanyak mendapat maklumat tentang filem-filem yang kami review